964 Asnaf Fakir Terima Bantuan Zakat Bulanan Di Tawau

ariffin-zakat.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU:  Seramai 964 asnaf fakir miskin di daerah ini menerima bantuan zakat bulanan daripada Pusat Zakat Negeri Sabah.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Arifin Arif berkata, bantuan itu disampaikan secara simbolik dan berharap agar agihan tersebut dapat meringankan beban asnaf fakir ketika berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Sebelum ini, kita telah memberi secara one off RM150 sebanyak dua kali bagi menambah nilai sumbangan sekaligus meringankan beban asnaf yang terjejas akibat pandemik.

“Sumbangan ini diberikan secara simbolik sebagai tanda agar rakyat tahu adanya sumbangan oleh pihak zakat dan baitulmal kepada mereka yang sangat memerlukan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Program Walkabout Menteri (WAN-2 Care) di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, sebanyak RM 2,870,320 sumbangan telah disampaikan iaitu masing-masing RM5,000 kepada Program Keagamaan Badan Dakwah Daerah Tawau dan Program Aktiviti Keagamaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, manakala RM 2,860,320 diberikan kepada dana penerima bantuan bulanan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang diagihkan kepada asnaf fakir miskin daerah terbabit  bagi tahun 2021.

Turut disampaikan,3,000 unit komputer di bawah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) yang diagihkan sejak Februari lalu kepada para pelajar yang layak mengikut kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan.

Agihan disampaikan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing iaitu Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryadi Bandy, ADUN Balung, Hamild Awang, ADUN Sebatik, Hassan Awang Gani Pangiran Amir, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Arnold Joibi dan Pegawai Pendidikan Daerah, Zamri Pehakan. – Penerangan


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top