92% Daerah di Sabah Dalam Zon Merah

covid-red.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 25 atau lebih 92 peratus daripada 27 daerah di Sabah berada dalam zon merah, manakala baki dua daerah lagi dalam zon jingga berbanding tiga daerah dalam zon jingga yang dilaporkan kelmarin.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata dua daerah kekal dalam zon jingga semalam ialah Tambunan dan Nabawan, masing-masing mencatat dua kes baharu.

Katanya, daripada 25 daerah zon merah, Kota Kinabalu mencatat kes jangkitan paling tinggi iaitu sebanyak 239 kes hari ini, diikuti Tawau (137), Tuaran (114) dan Penampang (106).

“Sebanyak 16 daerah pula mencatat kes dua angka bermula dari 12 kes hingga 65 kes, manakala lima daerah dalam zon merah mencatat kes satu angka iaitu antara tiga hingga sembilan kes hari ini,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Secara keseluruhan, Sabah mencatat 1,062 kes baharu positif COVID-19 hari ini dengan sembilan kematian iaitu empat kes di Kota Kinabalu, dua kes di Sipitang dan masing-masing satu kes di Tawau, Sandakan dan Kudat.

Bagi kes sembuh, Masidi berkata seramai 622 pesakit dibenarkan keluar hospital hari ini, manakala seramai 4,460 masih dirawat termasuk 122 dalam Ujit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Tiada kluster baharu direkodkan hari ini, manakala penggunaan katil hospital ialah 67.17 peratus daripada sebanyak 6,628 unit katil yang disediakan untuk pesakit COVID-19 di seluruh negeri,” katanya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top