9 Penjuru Di Api-Api

Christ.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berdepan saingan sembilan penjuru untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Pengurus Pilihan Raya DUN Api-Api, Robert Lipo mengumumkan perkara itu, hari ini sejurus pencalonan di Wisma Wanita, di sini ditutup.

Berikut ialah senarai calon di DUN Api-Api mengikut urutan nombor undi:

1. PPRS – Lo Yau Foh
2. PGRS – Chong Tze Kiun
3. Bebas – Marcel Jude (peguam)
4. LDP – Datuk Chin Su Phing
5. PCS – Datuk Pang Yuk Min
6. PBS – Datuk Dr Yee Moh Chai
7. Bebas – Ng Chun Sua (ahli perniagaan)
8. PKR – Datuk Christina Liew Chin Jin
9. Bebas – Sim Sie Hong (arkitek)

Penyandang DUN itu, Christina Liew yang juga Ketua PKR Sabah mengatakan dia terkejut kerana begitu banyak orang bertanding di kerusi yang sama.

“Terkejut, sangat terkejut. Ini menunjukkan kepada orang-orang yang sangat ingin menjadi Yang Berhormat sekarang,” katanya sambil tertawa.

Dalam pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Liew mempertahankan kerusi DUN berkenaan selepas menang dengan majoriti 2,954 apabila memperoleh 8,174 undi menentang Moh Chai.

 

Foto: FB Page Christina Liew

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top