9.77% Populasi Dewasa Di Labuan Terima Dos Penggalak Vaksin

rithuan-labuan.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: Seramai 6,695 populasi dewasa di sini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat Rabu lepas, kata Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imuninasi Covid-19 Labuan, Rithuan Ismail.

Beliau berkata, jumlah itu mewakili 9.77 peratus daripada 68,500 orang dewasa yang disenaraikan layak untuk program imunisasi itu di Labuan.

“Kita optimis angka itu akan meningkat secara konsisten dalam beberapa hari lagi, susulan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan vaksin penggalak,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Rithuan berkata, Labuan memulakan suntikan vaksin penggalak itu pada 18 Oktober lepas, didahului petugas kesihatan dan diikuti petugas barisan hadapan bukan kesihatan termasuk warga media pada 22 Oktober.

“Kita telah memberi keutamaan kepada warga emas dan orang tua yang mempunyai isu morbiditi dan secara beransur-ansur kepada penduduk biasa berusia 18 tahun dan ke atas… dan kita dapat lihat orang ramai beratur menunggu giliran mereka di Klinik Kesihatan Membedai setiap hari, kecuali Ahad, untuk menerima suntikan itu,” katanya.

Rithuan berkata, selain klinik tersebut, penerima vaksinasi lengkap juga boleh mendapatkan dos penggalakdi mana-mana klinik swasta yang dilantik iaitu Klinik Dr Tan, Klinik Suria, Klinik Wong dan Ung serta Klinik Millenium, menerusi janji temu.

“Kita berharap untuk mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah populasi dewasa menerima suntikan penggalak pada akhir tahun,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun akan menerima suntikan berkenaan selepas jadual vaksinasi dos penggalak untuk populasi dewasa selesai.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top