830 Sekolah Uzur, Termasuk Di Sabah Dan Sarawak, Ancam Nyawa Pelajar

runtuh.jpg

KEADAAN runtuhan bumbung di SMK Cheras Jaya yang berlaku pada Rabu. FOTO Bernama.

Kongsi Bersama

KLANG: Sebanyak 830 sekolah di seluruh negara dikenal pasti sebagai bangunan daif dan memerlukan baik pulih.

Susulan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi memantau bangunan sekolah yang disenaraikan daif serta tidak selamat, demikian lapor Hmetro.

Laporan itu memetik Timbalan Menteri KPM, Lim Hui Ying sebagai berkata, setakat ini sebanyak 830 sekolah yang disenaraikan sebagai bangunan daif itu menduduki skala enam hingga skala tujuh terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, beliau akan memantau dan mengikuti dengan lebih terperinci perkembangan bangunan sekolah yang disenaraikan itu.

“Bagi skala enam, pemeriksaan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), manakala bagi skala, tujuh pemeriksaan dan pengesahan dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Selagi bangunan ini mengancam keselamatan murid, sudah tentu (pelajar) akan dipindahkan (tempat lain).. keselamatan murid akan diutamakan tetapi bangunan ini boleh lagi diselamatkan.

“Jadi kita kena tengok keadaan macam mana..kita kena bekerja rapat dengan KKR untuk memastikan semua langkah-langkah pemeriksaan atau pemantauan dibuat dengan teliti sekali (bagi memastikan sekolah selamat diduduki),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Siri 1 di Klang Commercial Convention Centre, di sini, semalam.

Mengulas lanjut timbalan menteri itu berkata, kerosakan bangunan sekolah itu meliputi pelbagai aspek terutamanya membabitkan struktur bangunan yang tidak selamat dan mengancam keselamatan.

“Bangunan sekolah daif ini tidak selamat untuk diduduki oleh murid-murid…skala enam dan skala tujuh itu mengancam keselamatan mereka..ini menjadi perhatian kita.

“Saya akan bincang dengan YB Menteri (Fadhlina Sidek) mengenai (semua) bangunan (sekolah) daif ini..kita mesti lakukan dengan serta-merta terutamanya di Sabah Sarawak,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kejadian bumbung runtuh membabitkan sebuah blok di Sekolah Menengah Kebangsaan di Cheras Jaya tengah hari Rabu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top