80% Tenaga Kerja Kilang ‘Copper Foil’ SK Nexilis Orang Tempatan

Joachim-lawat-kilang.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan kilang ‘Copper Foil’ SK Nexilis (M) S/B untuk melihat perkembangan pembinaan kilang berkenaan kelmarin.

Menurut Dr. Joachim, SK Nexilis membuat pelaburan sebanyak RM4.2 bilion.

Ini merupakan pelaburan terbesar yang dimeterai dan telah bertapak di Sabah secara rasminya.

Katanya, apabila pembinaan kilang cooper foil ini siap sepenuhnya, ia akan membuka lebih 400 peluang pekerjaan di mana 80 peratus akan diambil daripada penduduk tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SK Nexilis, Shin Dong Hwan telah menyatakan kepada Dr. Joachim bahawa mereka memerlukan lebih kurang 20 puluh jurutera untuk bekerja di sini sehingga kilang siap sepenuhnya pada tahun 2023.

Pada 23 Mac lalu, K.K.I.P Sdn. Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama SK Nexilis (M) Sdn. Bhd bagi pembangunan industri ‘copper foil yang disaksikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Hadir sama semasa lawatan kerja tersebut ialah Setiausaha Tetap MID, Thomas Logijin dan Timbalannya, Benedict Bisoni, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue serta wakil beberapa agensi-agensi kerajaan lain seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Air Sabah, Unit Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Invest Sabah Berhad, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Imegresen Malaysia cawangan Sabah, Jabatan Tenaga Kerja dan PERKESO Negeri Sabah.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top