8 pengedar, penagih dadah ditahan dalam Op Sarang di Manggatal

dadah-1.jpg

Antara suspek yang ditahan dalam Op Sarang di Kampung Delima dan Kampung Suang Parai Manggatal.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menahan lapan pengedar serta penagih dadah dalam Op Sarang di Kampung Delima dan Kampung Suang Parai Manggatal.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata serbuan dijalankan selepas menerima maklumat berkenaan kawasan terbabit yang disyaki menjadi sarang penagihan dan pengedaran dadah sekitar daerah Kota Kinabalu.

“Kesemua suspek yang ditangkap melibatkan kesalahan yang dibuka kertas siasatan melibatkan Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata operasi yang melibatkan seorang Pegawai Kanan Polis dan sembilan Pegawai Rendah Polis adalah bertujuan untuk membanteras kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kawasan yang didiami masyarakat.

“Pasa masa yang sama ia juga bagi mengembalikan suasana selamat di kawasan berkenaan.

“Operasi sebegini akan dijalankan secara berterusan agar kesejahteraan dan keharmonian kekal selamanya,” katanya. – Sabah Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top