8 Adun Bakal Kembali ke Pangkuan UMNO?

umno.jpg
Kongsi Bersama

Lapan wakil rakyat Sabah yang bertukar parti dari UMNO ke Parti Warisan Sabah (Sabah) dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kini didakwa mengintai peluang untuk kembali menyertai UMNO.

Menurut Sinar Harian yang memetik laporan Sin Chew Daily, kesemua lapan Ahli Dewan Undangan Negeri itu (ADUN) itu juga dikatakan sudah menyatakan sokongan untuk membentuk kerajaan baharu Sabah di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman pada 29 Julai lalu.

Mereka adalah ADUN Tempasuk, Musbah Jamli; Hamisa Samat (Tanjong Batu); Abd Muis Picho (Sebatik); Osman Jamal (Balung); Bolkiah Ismail (Pitas); Saddi Abdul Rahman (Sukau); Jamawi Jaafar (Kemabong) dan James Ratib (Sugut).

Menurut laporan itu lagi, kesemua ADUN berkenaan sudah menyatakan kesediaan untuk bertanding semula di kawasan masing-masing mewakili UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah akan datang.

Bagaimanapun, perkara itu difahamkan masih dalam peringkat pertimbangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top