75 Peserta Sertai Pertandingan Memancing Kolam Santai Titanic

wanita-grs.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seramai 75 orang menyertai Pertandingan Santai Kolam Titanic Kampung Liningkung, Telupid, Sandakan baru-baru ini.

Program tersebut merupakan anjuran Gagasan Rakyat bahagian Telupid dan dilancarkan oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

Redonah berkata memancing ikan memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan hobi memancing ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan ahli-ahli Gagasan Rakyat di kawasan dengan masyarakat setempat di Kampung Liningkung.

Program ini agak unik dengan program spontan iaitu Pelepasan Pertandingan Memancing di Kolam Santai Titaanic milik Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Telupid, Pinus Gondili.

Turut hadir Ketua Bahagian, Pinus Gondili, Timbalan Ketua Bahagian, Warday Tuahan, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Telupid, Aneh Jamri, serta ahli jawatankuasa bahagian Telupid dan ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Telupid. – SABAHitz On9 TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top