KOTA KINABALU: Seramai 74 keluarga mangsa bencana angin ribut di Pulau Gaya menerima bantuan keperluan asas dari Pusat Zakat Sabah dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Sumbangan itu disampaikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya di balai raya Pulau Gaya semalam.
Terdahulu, dalam ucapannya, Shahelmey berharap bantuan RM500 untuk setiap keluarga mangsa itu dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggung.
Mangsa angin ribut yang berlaku sekitar dua minggu yang lepas itu turut menerima sumbangan daripada YaPEIM, ” katanya.
Kejadian pada 29 November itu menyaksikan sekurang-kurangmya 38 buah rumah rosak di lima kampung di Pulau Gaya.
Kejadian itu turut menyebabkan dua bangunan SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya rosak selepas atap beberapa bilik darjahnya diterbangkan angin kencang. – Jesselton Times