700 Orang Sertai ‘Keluarga PBS’ Di Tanjong Papat

Dr-Joachim.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Parti Bersatu Sabah (PBS) terus meluaskan pengaruh ke Pantai Timur Sabah, dengan menerima 700 keahlian baharu PBS Bahagian Tanjong Papat.

Borang keahlian diserahkan kepada Dr. Joachim daripada Ketua Bahagian Penaja, David Ong serta beberapa individu lain.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Naib Presiden Parti, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, beliau amat mengalu-alukan kemasukan seramai ahli-ahli baharu dan yakin lebih ramai lagi akan menyusul jejak langkah mereka.

“Tahniah dan selamat datang ke dalam ‘keluarga’ PBS’,” kata beliau ketika ditemui dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini, pada Sabtu.

Dr. Joachim berkata, PBS merupakan parti yang tertua di Sabah dan masih aktif.

“Perjuangan PBS adalah satu perjuangan yang murni yang tidak mengira bangsa dan agama,” kata beliau.

“Kita akan terus menyahut seruan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili untuk mempraktikkan semangat kekitaan, kecekalan, sabar dan setia serta bersatu,” tambahnya.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian memberitahu, PBS Bahagian Tanjong Papat akan bersiap sedia dan bekerja dengan gigih untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) John Chryso Masabal yang juga Penolong Bendahari Parti, Goon Thien Shang, Kong Nyuk Tau; Setiausaha Kerja PBS, Marcilus Roman; Setiausaha Politik merangkap Timbalan Ketua Bahagian PBS Kundasang, Yubidi Gumpoyo serta beberapa orang lagi ahli Parti. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top