7 PATI warga Filipina dicekup

ditahan-polis.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI), dipercayai baru tiba di perairan berhampiran Kampung Bakau, Sandakan awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin, berkata semua mereka yang berasal dari Filipina terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 25 hingga 54 tahun ditahan menerusi Op Taring Gelora, kira-kira jam 3.30 pagi.

“Semua mereka dipercayai baru mendarat dan berasal dari Zamboanga, Filipina.

“Semua Pati kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

Sumber: BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top