7, 8, 9, 10 Penjuru….

inanam.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat terpaksa bertarung dengan sembilan calon lain untuk menguasai DUN Inanam.

Chong, yang juga presiden kehormat LDP, dicalonkan mewakili parti itu di DUN berkenaan. Turut bertanding di situ ialah Datuk William Majimbon (PBS) dan bekas penyandang, Kenny Chua yang bertanding atas tiket Bebas.

Chua adalah naib presiden PKR yang dipecat kerana terlibat dalam gerakan menyokong Tan Sri Musa Aman baru-baru ini.

Seperti dilaporkan sebelum ini, di DUN Api-Api berlaku pertandingan sembilan penjuru melibatkan Ketua PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

Di DUN Segama, iaitu DUN baharu dalam kawasan parlimen Lahad Datu, mantan menteri pelancongan, Mohamadin Ketapi akan berhadapan dengan tujuh yang lain dalam pertandingan lapan penjuru.

Di DUN Moyog, yang majoriti pengundinya daripada KDM itu, Datuk Darell Leiking menghadapi pertandingan tujuh penjuru. Antara calon lain yang bertanding di situ ialah calon Parti Cinta Sabah William Sampil, yang merupakan mantan pegawai daerah Penampang, dan calon STAR Joe Sulaiman.

Turut terheret dalam pertandingan tujuh penjuru ialah pemangku ketua DAP Sabah, Datuk Frankie Poon di DUN Tanjung Papar.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top