693 daripada 1,069 sekolah daif di Sabah dan Sarawak dibaik pulih

fadhlina.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: Sebanyak 693 daripada 1,069 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak sudah dibaik pulih, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited untuk menyelesaikan isu sekolah usang di negara ini.

“Infrastruktur sekolah yang usang bukan saja berlaku di negeri tertentu dan usaha baik pulih ini selaras dengan misi Kementerian Pendidikan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar.

“Kementerian Pendidikan mencapai kemajuan yang baik dalam menyelesaikan isu sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sabah apabila lebih separuh sekolah terjejas menjalani pembaikan yang diperlukan,” katanya pada majlis penyampaian Wakalah Zakat Peranti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan di sini pada Jumaat.

Fadhlina berkata kementerian juga melaksanakan sistem penarafan bintang dengan tempoh penilaian selama tiga bulan dalam menyiapkan proses baik pulih sekolah terbabit.

KPM dalam catatan menerusi Facebook pada 28 Julai 2023, memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion untuk melaksanakan projek pembangunan 1,002 sekolah daif di seluruh negara dari 2016 hingga 2023.

Menerusi Rolling Plan 2023, sejumlah RM923.97 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan 417 projek baharu dan lanjutan di seluruh negara.

KPM memberitahu kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak juga ditambah baik melalui pelaksanaan 327 projek pembangunan sekolah daif atau 78 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan tahun ini. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top