66 KIR Terkesan Banjir Terima Bantuan Ihsan

haji-ruslan-bantuan.jpg

Ruslan (kiri) menyampaikan sumbangan Ihsan kepada salah seorang KIR yang terjejas akibat banjir di DUN Lumadan.

Kongsi Bersama

BEAUFORT: Kerajaan Negeri terus komited memberikan bantuan ihsan berjumlah RM500 kepada mangsa yang terjejas akibat banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam berkata, ini adalah usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor untuk terus membantu rakyat.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri,” kata beliau.

Bantuan ihsan tersebut disampaikan oleh Ruslan di bilik mesyuarat ADUN Lumadan, kelmarin.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berharap agar bantuan wang ihsan seumpama ini akan dapat meringankan beban KIR yang kehilangan pendapatan.

Katanya, sebanyak 66 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada sembillan kampung menerima sumbangan berkenaan.

Antara kampung yang terjejas ialah Kg. Suasa, Kg. Bangkalalak, Kg. Brumbai, Kg. Mintulud, Kg. Luahan Sanginan, Kg. Lumantai, Kg. Bukau, Kg. Batu 6 1/2 dan Kg. Jaya Baru Lumadan.

Ruslan juga berkata, penduduk kampung telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Tambahnya, mereka yang dipindahkan ke PPS kerana kediaman mereka tidak selamat semasa banjir dan ada juga di antara mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama membantu penduduk kampung seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lain-lain.

Ruslan juga menghargai komitmen Pegawai Daerah dan Pegawai Kebajikan yang telah mengurus dengan baik KIR yang menerima bantuan tersebut. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top