652 pendatang tanpa izin Filipina dihantar pulang

PATI-Filipina.jpg

Kredit foto: FB Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: 652 pendatang tanpa izin warga Filipina telah dihantar pulang dari Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga di Filipina semalam.

Pendatang berusia antara dua bulan dan 76 tahun itu sebelum ini ditahan di depoh imigresen di Papar, Sandakan dan Tawau.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata kesemua migran itu terdiri daripada 469 lelaki, 130 wanita dan 53 kanak-kanak.

Penghantaran pulang itu dilaksanakan di bawah Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Ini adalah pemindahan ke-13 melalui laut untuk 2024. Mereka dihantar semula dengan kapal MV Antonia 1,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pendatang itu melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan Imigresen.

Sitti berkata daripada 4,809 pendatang yang dihantar pulang pada 2024 setakat ini, 3,118 adalah warga Filipina.

Beliau berkata Jabatan Imigresen akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top