65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas

kebakaran-1.jpg

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: 65 penduduk daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah yang didiami mangsa terbakar dalam kejadian di Kampung Muhibah, Likas, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.11 pagi tadi sebelum tiba enam minit kemudian.

Beliau berkata 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dengan bantuan sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu serta seorang anggota daripada BBP Penampang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota BBP Lintas menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tanki jentera BBP Penampang, manakala anggota BBP Kota Kinabalu menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.
“Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Api dapat dikawal pada 4.16 pagi dan operasi ditamatkan pada 6.49 pagi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.- BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top