63,826 Remaja Di Sabah Sudah Terima Dos Pertama Vaksin Setakat Ini

vaksin-remaja.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Sebanyak 63,826 remaja berumur 12 hingga 17 tahun di Sabah telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi program vaksinasi bagi kumpulan berkenaan, setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata jumlah tersebut adalah 15 peratus daripada 426,000 golongan berkenaan bagi program vaksinasi bermula Khamis lepas (16 Sept).

“Jumlah itu juga termasuk 24,667 golongan remaja yang mengambil vaksinasi berkenaan pada hari ini. Penduduk dewasa lengkap divaksinasi pula lebih 1.56 juta orang atau 56.6 peratus daripada populasi dewasa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dilapor berkata Sabah membuat keputusan untuk memberikan vaksin COVID-19 bagi kumpulan remaja bermula Khamis lepas.– BERNAMA

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top