626 ‘Hotspot’ Banjir Dikenal Pasti Di Sabah

Jkuasa-urus-banjir.jpg

Jauteh (duduk tengah) bersama wakil agensi kerajaan dan NGO yang dalam Mesyuarat Penyelarasan Menghadapi Bencana Banjir Peringkat Negeri Sabah pada Selasa.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Monsun Timur Laut (MTL) Sabah mengenal pasti sebanyak 626 kawasan ‘hotspot’ di 29 daerah di seluruh negeri ini berpotensi dilanda banjir.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, setakat ini, lebih 3,000 keanggotaan daripada 24 agensi sudah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Menurutnya, sebanyak 1,401 aset dari pelbagai agensi turut diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi bencana MTL.

“Menerusi persediaan awal, kita yakin akan mampu melakukan yang terbaik dalam membantu mangsa-mangsa sekiranya berlaku bencana banjir akibat monsun berkenaan.

“Jawatankuasa ini juga sudah bersiap sedia untuk membuka 345 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mampu menempatkan keseluruhan 131,330 mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Menghadapi Bencana Banjir Peringkat Negeri Sabah, di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, di sini, pada Selasa.

Jauteh berkata, antara daerah yang diberikan keutamaan adalah Beluran, Kinabatangan, Pitas dan Beaufort berikutan dikenal pasti sebagai daerah paling kerap dilanda banjir.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan dan mematuhi arahan yang diberikan ketika bencana.

“Ketidakpatuhan boleh menyebabkan kemudaratan bukan saja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain termasuk pasukan penyelamat,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top