600 Petugas Barisan Hadapan dan Penerima Vaksin Terima Sumbangan

japlin-bersatu-kota-belud.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Kira-kira 600 petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di sini menerima sumbangan daripada Bersatu Kota Belud pada Ahad.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud, Datuk Japlin Akim menyantuni para petugas barisan hadapan dan penerima vaksin semalam di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Lasau Mununsud Kota Belud.

Japlin turut memberi sumbangan makanan sarapan pagi dengan disertai Pegawai Daerah Kota Belud Diana Abdullah, Naib Ketua Bahagian Bersatu Roslan Durahman, Setiausaha Bahagian Liasin Kaloh dan beberapa orang ahli jawatankuasa Bahagian Bersatu Kota Belud.

Beliau turut menyeru kepada semua barisan hadapan dan masyarakat setempat untuk beesama-sama terus melawan wabak Covid-19 dengan menjaga prosedur operasi standard (SOP), kekal selamat dan sihat walau di mana berada. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top