60 Orang Asal Sarawak Ber’sirat’ Pukau Perhatian Di KK

sarawak-to-kk.jpg
Kongsi Bersama

MIRI: Delegasi 72 Orang Asal Sarawak melakar sejarah menaiki penerbangan dari sini ke Kota Kinabalu pada Sabtu, dengan 60 daripada mereka memakai ‘Sirat’, pakaian tradisi orang Sarawak.

Menurut ketua mereka, Peter John Jaban, mereka mahu mempamerkan tradisi anak negeri Sarawak melalui pakaian mereka kepada rakyat Sabah dan juga berkongsi keistimewaan Sarawak kepada rakyat Negeri Di Bawah Bayu itu.

Sebaik tiba, mereka mempersembahkan tarian muzikal ‘flash mob’ di Sabah Waterfront di Kota Kinabalu, bersama pemuzik terkenal Sarawak yang lain.

“Perjalanan pertama kami tidak dapat dilupakan dan kami menantikan pengalaman serupa mengembara ke bahagian lain di Malaysia pada masa hadapan. Kami juga mempunyai rancangan untuk melakukan perjalanan yang sama ke negara seperti New Zealand,” tambahnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah kerana memberi lampu hijau untuk lawatan itu.

Mereka akan pulang ke Miri pada 4 Mei.

Sumber: The Borneo Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top