6 Penghuni PUSPEN Papar Larikan Diri, Kini Diburu Polis

tahanan-lari-PAPAR.jpg

PAPAR: Enam penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini melarikan diri pada Sabtu (4 Disember).

Mereka yang melarikan diri itu, iaitu Asmadi Asmad, Jeckson Guadeh, Matussin Ag. Rambang, Noralizan Raina, Matrizal Ahmad dan Mohd Raffee Awang Maslien kini dalam buruan polis.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Umpit mengesahkan kejadian ini dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar, petang semalam.

Beliau yakin keenam-enam mereka yang berumur antara 20 hingga 40-an masih berada di sekitar daerah ini.

“Orang ramai diminta untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya melihat keenam-enam mereka ini yang dikhuatiri berpotensi melakukan jenayah seperti pecah rumah atau mencuri kerana kesemuanya adalah penagih dadah,” katanya.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku semasa hujan pada pukul 6 pagi pada hari kejadian.

Batholomew turut memaklumkan, pelan asal melarikan diri ini adalah terancang, melibatkan 11 pengnuni PUSPEN, namun, hanya enam daripada mereka berjaya melarikan diri dengan naik ke atas badan satu sama lain bagi melepasi pagar.

Sementara yang lima lagi gagal dan telah disiasat, katanya.

Oleh yang demikian, mereka yang mempunyai maklumat berhubung enam lelaki ini diminta supaya berhubung dengan bilik gerakan IPD Papar di talian 088-916064 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Alif Mohd Razali ditalian 010-2611012.

Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top