6 ditahan pindah minyak tanpa kebenaran

pindah-minyak.jpg

APMM Zon Maritim Tawau menahan enam lelaki yang menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Tanjung Batu, Tawau awal pagi semalam. (Kredit foto: APMM Tawau)

Kongsi Bersama

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan enam lelaki disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Tanjung Batu, Tawau awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, anggotanya yang menjalankan Op Khas Pagar Laut, Op Pluto Timur dan Op Tiris sebelum itu menerima maklumat mengenai kegiatan mencurigakan itu kira-kira 2.10 pagi.

Jelas beliau, pemeriksaan di lokasi mendapati sebuah lori tangki berada di jeti terbabit sedang menjalankan aktiviti pemindahan minyak ke sebuah bot tunda.

“Kesemua suspek berjaya ditahan termasuk seorang ketua kapal warga Myanmar bersama empat awak-awak yang masing-masing merupakan dua warga Indonesia, seorang warga Myanmar dan seorang rakyat tempatan.

“Pemandu lori warga tempatan turut ditahan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Beliau memberitahu kesemua diesel serta kenderaan yang dirampas dianggarkan bernilai RM250,000.

Tambah Shahrizan, kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen kebenaran aktiviti pemindahan minyak yang dilakukan.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961, Peraturan 21 Peraturan-dan Akta Kemajuan Petroleum 1974,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top