6 Daerah Di Sabah Catat Sifar Kes Covid-19

Masidi.jpg

Masidi

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Sabah merekodkan sifar kes harian Covid-19 di enam daerah, semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, enam daerah terbabit ialah Kalabakan, Tongod, Nabawan, Kunak, Telupid dan Semporna.

Katanya, selain itu terdapat 15 daerah mencatatkan kes baharu satu angka, iaitu di Putatan (sembilan); Kuala Penyu dan Kudat (masing-masing tujuh); Keningau, Kota Marudu, Ranau dan Beluran (masing-masing enam); Tenom (lima); Kinabatangan (empat); Sipitang dan Pitas (masing-masing tiga); Beaufort, Kota Belud dan Tambunan (masing-masing dua) dan Lahad Datu (satu).

Tambah beliau, enam lagi daerah mencatatkan kes harian Covid-19 dua angka, iaitu Kota Kinabalu (97); Papar (21); Tuaran (17); Tawau (16); Penampang (13); dan Sandakan (12).

“Bagaimanapun risiko jangkitan secara sporadik kekal tinggi dan hari ini (semalam), ia mewakili 59.59% daripada semua kes baharu.

“Walaupun jumlah jangkitan baharu di Sabah semakin terkawal tetapi rakyat perlu terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Masidi yang juga menteri kerajaan tempatan dan perumahan merangkap menteri kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian Covid-19 semalam mengalami penurunan dengan mencatatkan jangkitan tiga angka. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top