6 buah rumah musnah dijilat api di Tawau

kebakaran-tawau.jpg

(Foto: Ihsan Bomba)

TAWAU: Enam buah rumah musnah dijilat api di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Jemishin Ujin berkata, kejadian berlaku di Taman Damai, Jalan Damai, pada kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 2.34 pagi dan sepasukan 19 anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Zougrana Konin bergegas ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian yang terletak tiga kilometer dari BBP itu, didapati berlaku satu kebakaran melibatkan enam buah rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan 20×30 kaki yang kesemuanya terbakar 100 peratus,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran menggunakan dua aliran, 200 kaki, dua pancutan sumber air dari tangki jentera.

Jemishin berkata, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.59 pagi.

Operasi ditamatkan pada jam 4 pagi. – WARTA ORIENTAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top