5G Akan Diperluas Di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak

5G.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bagi tahun 2022, perkhidmatan 5G akan diperluas kepada 36 peratus daripada kawasan kepadatan tinggi termasuk di bandar-bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penyediaan perkhidmatan 5G bakal melakar landskap teknologi baharu dan menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan pantas.

Katanya, di samping itu, ia juga merapatkan jurang digital serta mencipta peluang pekerjaan baharu.

Ujar beliau, dalam menyediakan kemudahan jalur lebar terkini kepada Keluarga Malaysia, pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara, (atau JENDELA) akan terus dipergiat.

“Bagi tahun 2022, Kerajaan menyediakan RM 700 juta untuk meneruskan usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 buah sekolah terutamanya di luar bandar.

“Malah bagi memastikan golongan penduduk di PPR tidak ketinggalan, Kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta ringgit menyediakan kemudahan internet di 40 PPR sedia ada,” kata beliau.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top