59 Bekas Ahli PBRS Sertai Star Di Sook

Ellron.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Seramai 59 bekas ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyertai Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star), salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN), di Sook pada Sabtu.

Naib Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron berkata mereka menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Star Datuk Ellron Angin di Kampung Terelobou.

Katanya penyertaan bekas ahli PBRS itu menunjukkan rakyat semakin yakin dengan perjuangan Star yang bertekad untuk memajukan lagi kawasan Dun Sook.

“Saya juga berharap lebih ramai rakyat Sook khususnya golongan belia akan menyertai Star, sekali gus memperkukuhkan kedudukan parti itu dalam gabungan PN,” katanya kepada Jesselton Times.

Selain Kampung Terelobou, Jordan turun padang melawat Kg Batu Lunguyan dan seterusnya memberikan sumbangan kepada seorang Ibu yang anaknya berumur 6 bulan perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital di Kota Kinabalu.

Beliau juga memberikan sumbangan kepada Kraftangan Murut Bookan di Kg Pauh untuk meringankan beban kos pendaftaran kraftangan tersebut.

Sebelum itu, pada Jumaat Jordan melawat Kg Tigasa bagi melaksanakan tugasan kemasyarakatan. – Jesselton Times

 

Foto: FB Datuk Ellron Angin

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top