5,422 Usahawan Di Sabah Bakal Dapat Manfaat Moratarium TEKUN Nasional

mizma.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Seramai 5,422 usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional bakal mendapat manfaat daripada pelanjutan moratarium di negeri ini.

Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional, Mizma Appehdullah (gambar) berkata pelanjutan penangguhan bayaran balik sehingga Februari 2021 ini adalah kesinambungan kepada lanjutan bayaran Mac hingga November 2020.

“Selaras dengan usaha pembelaan nasib rakyat tanpa ada yang tertinggal sejumlah 13,949 peserta TEKUN Nasional di seluruh negara termasuk 5,422 orang di Sabah bakal mendapat manfaat daripada pelanjutan moratarium ini,” katanya di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mesra menemui usahawan TEKUN Nasional di daerah ini.

Mengiringi beliau, Pengurus TEKUN Nasional Cawangan Lahad Datu Erna Cathyanna Abd Rahman dan Pembantunya, Norazli Hassan.

Mizma yakin keprihatinan kerajaan hari ini akan dapat membantu usahawan dalam mendepani kegawatan ekonomi dan kelembapan perniagaan akibat  penularan pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut mengenai lawatan itu, Mizma menyambut baik pelaksanaannya kerana mampu menyantuni usahawan dengan lebih bersasar.

Katanya, program itu perlu diperluaskan demi memastikan matlamat TEKUN dicapai di setiap kawasan.

TEKUN Nasional ialah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang ditubuhkan pada 9 November 1998 dan seramai 1,776 usahawan aktif menyertainya di Lahad Datu.

Matlamat TEKUN Nasional ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Disebabkan kesan wabak COVID-19 yang masih memberikan kesan kepada usahawan, TEKUN Nasional telah menawarkan pelanjutan penangguhan bayaran balik sehingga Februari 2021. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top