527 PATI Warga Filipina Dihantar Pulang

usir-pati.jpg

Gambar fail.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seramai 527 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara mereka dalam satu program pemindahan tahanan PATI, melalui Pelabuhan Sandakan, kelmarin.

Pengarah Imigresen Malaysia Sabah, SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, daripada jumlah itu seramai 383 lelaki, 106 orang wanita dan 20 kanak-kanak.

“Semua tahanan sebelum ini ditahan di depot Imigresen Kota Kinabalu, depot Imigresen Papar, depot Imigresen Sandakan dan depot Imigresen Tawau.

“Sebelum ini, PATI terbabit ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan – Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, semua hukuman mengikut proses perundangan negara ini untuk mereka diusir keluar dari Sabah.

“Susulan itu semua warganegara asing diingatkan agar mendapatkan dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah terlebih sebelum masuk ke Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top