51 SJR Di Seluruh Sabah Mulai Isnin

PKPD-1.jpg

PAPAR 07 OKTOBER 2020.Pihak polis membuat sekatan jalan raya di Jalan Sabindo menghala ke daerah Putatan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini hingga 20 Oktober. KHIS/MOHD ADAM ARININ

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 51 Sekatan Jalan Raya (SJR) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula Isnin, sehingga 16 Mei depan.

Semua SJR berkenaan dibuat mengikut kepada kawasan bidang kuasa pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing.

Tujuh kawasan zon di seluruh negeri yang diumumkan sebelum ini juga dibatalkan kecuali zon pantai barat membabitkan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang masih dikekalkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi Op Covid-19 selama tujuh hari itu akan membabitkan seramai 2,103 pegawai dan anggota.

Katanya, PDRM juga sudah menubuhkan sebanyak 355 pasukan pematuhan yang akan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

“Antara tumpuan pasukan pemantauan ini adalah kawasan perumahan, penempatan, pusat beli belah, tanah perkuburan dan sebagainya.

“Ia bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 semasa musim perayaan Aidilfitri kali ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, pada Isnin.

Hazani berkata, pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dan akan terus mengeluarkan kompaun sekiranya berlaku perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Selain itu katanya, mereka yang masuk ke negeri ini selepas Aidilfitri juga akan diarahkan supaya menjalani ujian swab dan kuarantin. – Asiatimes


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top