JKR Sabah Akan Baiki Jalan Runtuh Dengan Peruntukan Kecemasan

pitas-runtuh.jpg
Kongsi Bersama

PITAS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan memulakan kerja pembaikan jalan yang runtuh termasuk Jambatan di Sungai Paparoun Telaga Pitas ekoran kesan banjir besar yang berlaku di daerah terbabit pada minggu lepas.

Pengarahnya, Ir Ali Ahmad Hamid berkata kerja kerja pembaikan akan dilaksanakan sesuai dengan keperluan arahan Perbendaharaan AP 55 di bawah peruntukan kecemasan bagi memastikan penduduk kampug yang terjejas dapat berhubung dengan segera.

“Pihak jabatan termasuk jurutera daerah telah pun melakukan lawatan susulan bagi meneliti segala kerosakan yang dialami dan turut menyediakan laporan lengkap. Kita huga akan membuat anggaran kos perbelanjaan untuk melaksanakan kerja kerja pembaikan dalam tempoh terdekat ini” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas melakukan tinjauan jalan dan jambatan yang runtuh di Sungai Paparoun Telaga Pitas, semalam.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Harun Durabi, Jurutera Daerah Pitas Dixon Kim dan Hadi Hamzah, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Jambatan JKR, Baharohom KK Sugun dan Jurutera Bahagian Kudat, Hilmi Hamid.

Menurut Ali Ahmad, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah dimaklumkan dan diberikan laporan terperinci berhubung dengan kejadian tersebut.

“Beliau meminta pihak jabatan mengambil tindakan segera untuk membaiki segala kerosakan yang ada,” katanya.

“Antara jalan yang terputus dalam kejadian banjir terbabit ialah Jalan Suang Duyung-Layak (KM0.25) dan di (KM 4.25) iaitu kira kira 50 KM dari Pekan Pitas dan beberapa tempat lain.

“Sebanyak 13 buah kampung yang melibatkan lebih kurang 4000 orang penduduk termasuk sebuah Klinik Kesihatan di kampung Telaga dan sekitarnya itu kira kira 18 KM ke pekan Pitas terputus perhubungan apabila jambatan runtuh dihanyutkan banjir.

“Bagi jalan raya yang runtuh ekoran tanah bukit yang meluncur, kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sedang giat dijalanlam oleh JKR termasuk jalan dibawah jagaan kontraktor atau syarikat yang mendapat konsesi penyelenggaraan jalan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Pitas turut mengambil insistiaf untuk menghantar bantuan makanan kepada pendududk yang terjejas khusunya di Kampung Telaga dan sekitarnya yang terputus hubungan untuk mendapatkan bekalan makanan.

Pengerusinya merangkap Pegawai Daerah Pitas, Bakri Nanun berkata penghantaran bantuan makanan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah.

“Dengan kerjasama pihak polis, kita akan menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas dengan menggunakan perkhidamatan helikopter dan kita berharap keadaan cuaca juga mengizinkan,” katanya.

Katanya, sebanyak empat tempat akan dijadikan tempat mendarat helikopter iaitu padang SK Liau, SK Malubang, SMK Telaga dan SK Maringgan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top