5,000 Liter Diesel Bersubsidi Dirampas di Keningau

diesel-keningau.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas 5,000 liter diesel bersubsidi di Kampung Biah di sini pada Selasa.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata operasi itu dijalankan pada 7.45 pagi susulan pengawasan selama dua hari.

“Dalam serbuan, pasukan penguat kuasa menemui 5,000 liter diesel dalam sebuah lori tangki dan tong dram.

“Pasukan penguat kuasa turut merampas sebuah tangki gelincir dan lori manakala siasatan menunjukkan jumlah rampasan barangan dianggarkan bernilai RM128,750,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Georgie berkata hasil siasatan dipercayai diesel bersubsidi itu bertujuan untuk dijual kepada pemain industri.

Seorang lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Georgie mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama berterusan mereka dengan kementerian dan mengharapkan kerjasama yang sama pada masa hadapan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top