5,000 Dijangka Hadiri Pelancaran Gagasan Rakyat Khamis Ini

nizam-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kira-kira 5,000 ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dari seluruh negeri dijangka akan hadir pada majlis pelancaran parti itu yang akan diadakan pada Khamis ini di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Menurut Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan majlis yang dijadualkan bermula seawal jam 7 pagi itu akan disempurnakan oleh presidennya, yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

“Kita menjangka kehadiran kira-kira 5,000 orang dari seluruh Sabah. Ketika ini kita mempunyai hampir 100,000 ahli, majoritinya daripada BERSATU selepas keluar dari parti sebelum ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Nizam, pihaknya menjangkakan lebih banyak lagi permohonan akan diterima daripada bekas ahli BERSATU dan mereka yang belum ada parti serta berminat menyokong kepemimpinan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Hajiji yang juga Pengerusi GRS secara rasmi menerajui Gagasan Rakyat pada mesyuarat agung khas parti itu awal bulan ini, manakala Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sebagai timbalannya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top