5,000 beg guna semula diagih sempena sambutan Hari Malaysia 2024

Christina-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 5,000 beg guna semula akan diagihkan kepada orang ramai sempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang dijadual berlangsung di Padang Merdeka di sini pada 16 Sepr ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata langkah itu sebahagian daripada inisiatif kementerian itu menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

“Usaha ini untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dan membudayakan penggunaan beg guna semula semasa membeli-belah,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata ia juga antara inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesan pencemaran akibat penggunaan dan pelupusan plastik sekali gus memulihara alam sekitar selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah.

“Salah satu aspek yang ditekankan dalam pelan tindakan tersebut adalah berkaitan pengurusan pencemaran daripada sisa termasuk sisa pepejal,”katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top