5 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Keningau

kebakaran-keningau.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Lima buah rumah musnah dijilat api di Kampumg Kepayan Baru, Apin-Apin, di sini petang semalam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PKPgB Sharudy Delamin daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 petang.

Lima buah rumah jenis separuh kekal masing-masing berkeluasan 30×40 kaki persegi terbakar 100 peratus.

Operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan sumber air dari water tanker dan pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.17 petang dan operasi ditamatkan pada jam 8.46 malam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top