5 penjawat awam ditahan disyaki kemuka tuntutan kerja lebih masa palsu

sprm.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah seorang penolong pegawai perubatan dan empat orang jururawat yang berkhidmat di sebuah pusat kesihatan di negeri ini disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM146,000.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira jam 9.40 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa dari tahun 2020 hingga 2021 sedangkan perkara tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah ,Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau memberitahu, kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh pada Khamis (12 September 2024) di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top