5 pelajar Sabah terima BKNS ke luar negara

CM-bantu-pelajar.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyampaikan tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024 kepada 5 orang pelajar Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.

5 pelajar itu ialah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan-University College Dublin, Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia -University of Manchester, United Kingdom (UK)), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer,- Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar- Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).

BKNS Ke Luar Negara ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd. Arifin Arif yang juga Exco Pendidikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman, Pengarah Bahagian BKNS, Puan Emas Sanjongan Datu Okar dan Ahli Jawatankuasa BKNS.

Sementara itu, Hajiji juga menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top