5 ditahan dalam siasatan ke atas pengeluaran RM24.2 juta di KK

Datuk-Seri-Ramli-Mohamed-Yoosuf.jpg

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis telah menahan lima individu termasuk dua pegawai bank yang disyaki bersubahat dengan sindiket mengeluarkan wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, setakat ini dua pegawai bank dan tiga individu lain dikesan terlibat.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Kosmo.

Polis pada Khamis lalu menahan seorang kakitangan bank berusia 38 tahun di Kota Kinabalu, Sabah, selepas wang terbabit dikeluarkan daripada beberapa akaun simpanan tetap berkenaan.

Kemudiannya seorang lagi lelaki berusia 40 tahun dipercayai dalang sindiket turut ditahan sehari selepas itu.

Terdahulu, Ramli dipetik berkata siasatan awal mendedahkan terdapat pembabitan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersekongkol bagi urusan pengeluaran wang berkaitan kerana ia hanya boleh dilakukan dengan ‘bantuan’ dalaman bank.

Menurutnya, awal bulan ini, polis menerima empat laporan berkaitan kehilangan wang dari akaun simpanan tetap di Petaling Jaya, Selangor.

Katanya, pengadu terdiri daripada pemilik akaun memaklumkan terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top