5 Bundle Batu-Bata Setiap Bulan Kepada Warga Tambunan Yang Memerlukan

Batu-bata-Tambunan.jpg
Kongsi Bersama

TAMBUNAN : Tambunan Cement Bricks Sdn.Bhd. (TCBSB), pada Ahad mengumumkan untuk menyumbang 5 bundle batu-bata setiap bulan kepada penduduk yang benar-benar dalam keadaan memerlukan, khususnya dalam DUN N39 Tambunan.

Susulan itu Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffery G Kitingan, mewakili seluruh penduduk Tambunan mengucapkan jutaan terima kasih TCBSB atas sumbangan tersebut.

Jeffrey menerima bata daripada syarikat berkenaan sebagai tanda simbolik penyerahan sumbangan tersebut pada suatu majlis ringkas di sini.

“Semoga dengan adanya sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu penduduk yang memerlukan dan ini merupakan suatu inisiatif yang positif di mana syarikat-syarikat besar turut sama dalam usaha membantu rakyat di tempat mereka berniaga selama ini, “kata beliau yang juga merupakan ADUN Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau.

Ketua Pegawai Eksekutif TCBSB Dr.James Liew dalam satu kenyataannya pula di sini berkata, sumbangan tersebut dikhususkan untuk para penduduk di Tambunan dan akan diuruskan oleh pejabat Wakil Rakyat N39 Tambunan selepas ini.

“Kita akan sumbangkan 5 bundle batu-bata kepada penduduk yang dikenal pasti amat memerlukan dan pemilihan kelayakan bagi penerima 5 bundle ini akan diuruskan oleh kakitangan pejabat wakil rakyat di sini, “ katanya ketika dihubungi oleh Sabahitz On9TV media.

Menurut James yang juga merupakan Ketua Biro Kebajikan STAR N39 Tambunan, sumbangan akan dilaksanakan setiap bulan sepanjang tahun 2022 ini.

Pada 28 Disember lalu, James mencipta sejarah apabila menyumbangkan sebanyak 20 bundle batu-bata kepada pemenang cabutan hadiah utama sempena Pelancaran Tamu 28 Tambunan, majlis yang penuh gilang gemilang yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Dr Jeffrey.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top