49 peratus keluasan Sabah diliputi hutan simpan kekal

hutan-sapulut.jpg

Gambar hiasan - Hutan Simpan Sapulut

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Empat puluh sembilan peratus Sabah diliputi hutan simpan kekal, menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Negeri Datuk Abidin Madingkir.

Beliau berkata dengan keluasan kira-kira 7.4 juta hektar, Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia.

“Sekitar 63 peratus kawasan negeri masih diliputi hutan termasuk hutan simpan, taman-taman Sabah, sanktuari hidupan liar, dan hutan tanah kerajaan.

“Keluasan hutan simpan kekal di negeri ini meningkat 566.57 hektar berbanding 2020.

“Ia adalah daripada 3,574,468.003 hektar pada 2020 kepada 3,575,034.573 hektar pada masa ini, iaitu 49 peratus daripada keseluruhan keluasan Sabah,” katanya semasa persidangan DUN di sini.

Beliau menjawab soalan Datuk Darell Leiking (Moyog-Warisan) mengenai jumlah kawasan hutan simpan di Sabah antara 2020 dan 2024.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top