48,443 Individu Telah Terima Vaksin Melalui Program CITF Di Sabah

CITF-Penerangan.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Seramai 48,443 individu menerima vaksin melalui Program Outreach Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) peringkat negeri Sabah.

Pengarah Penerangan Sabah (JaPen), Nadzerah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut seramai 44,261 individu didaftarkan melalui 147 program CITF di seluruh negeri bermula penghujung bulan Mei, tahun ini.

“Kenaikan sembilan peratus dicatatkan bagi individu yang datang secara ‘walk-in’ untuk menerima suntikan melalui keseluruhan program tersebut.

“Kita berharap program ini dapat menjayakan usaha mencapai sasaran kerajaan negeri agar 60 peratus penduduk di Sabah menerima suntikan vaksin Covid-19 secepat mungkin,” katanya ketika ditemui media dalam Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Limbahau di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, program itu dilaksanakan secara berterusan di bawah penyelarasan JaPen dengan memfokuskan kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses internet serta menggunakan konsep daftar dan suntik.

Dalam pada itu, sebelum program diadakan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pegawai Daerah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap daerah juga akan mengenal pasti kawasan pedalaman yang akan terlibat.

Untuk rekod, Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Dun N27 Limbahau Papar diadakan selama dua hari bermula 24 hingga 25 Julai melibatkan sembilan mukim di bawah DUN N.27 Limbahau dengan peruntukan sebanyak 2,000 dos vaksin.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N27 Limbahau, Datuk Johnny Mositun dan Penolong Pegawai (Pentadbiran) Papar,Junaiddin Jumat. –PENERANGAN/Sabah Media


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top