484 calon di Sabah peroleh keputusan cemerlang dalam SPM 2023

raisin-saidin.jpg

Datuk Raisin Saidin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 484 atau 1.38 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang bagi gred A+,A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Jumlah itu merupakan peningkatan 0.43 peratus berbanding 2022 di mana 344 calon atau 0.955 peratus memperoleh keputusan cemerlang.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin , seramai 38,800 calon telah mendaftar dalam peperiksaan SPM 2023, namun hanya 34,142 calon telah hadir dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran bagi SPM tahun 2023.

“Pada keseluruhannya pencapaian calon peperiksaan SPM Tahun 2023 adalah lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun lepas dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada tahun 2022 iaitu perbezaaan 0.13 mata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 di Wisma JPNS di sini, pada Isnin. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah JPNS, Nurani Fauziah Derin.

Dalam pada itu Raisin berkata, berdasarkan GPN juga pencapaian calon bandar menurun sebanyak 0.10 mata iaitu 5.28 mata pada tahun 2023 berbanding 5.38 mata pada 2022.

“Angka yang semakin mengecil menunjukkan keputusan calon bandar semakin baik. Pencapaian calon luar bandar juga menurun sebanyak 0.20 mata iaitu 4.75 mata pada tahun lalu berbanding 4.95 mata pada tahun 2022.

“Ini menunjukkan bahawa keputusan calon luar bandar juga semakin baik,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top