474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap lapor diri di Sabah

Dr-Asits-Sanna.jpg

Dr Asits Sanna (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baharu dilantik ke jawatan tetap sebagai pegawai perubatan Gred UD43 telah melaporkan diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Asits Sanna, berkata 339 pegawai melapor diri di hospital, manakala 135 di klinik-klinik kesihatan di negeri Sabah, dan pada masa sama 103 pegawai perubatan yang bertugas di negeri Sabah pula telah berpindah keluar dari negeri ini.

Beliau berkata, susulan pertambahan pegawai, jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang berkhidmat Sabah ketika ini adalah 1,986 orang.

“Semoga dengan pertambahan ini, perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah bertambah baik dan dapat diperluaskan lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) atas komitmen dan keprihatinan bagi memastikan bilangan pegawai perubatan di Sabah dipertingkatkan, selaras dengan keperluan perkhidmatan kesihatan negeri. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top