472 Ahli Majlis Dilantik Anggotai 25 PBT Di Sabah

joachim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 472 Ahli Majlis telah dilantik untuk menerajui 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah bagi sesi 2023 hingga 2025, di mana lebih separuh daripada mereka merupakan lantikan baharu manakala selebihnya lantikan semula, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berharap pelantikan mereka akan dapat melancarkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan di PBT masing-masing agar lebih cekap, berkualiti dan telus.

Katanya, seorang Ahli Majlis yang dilantik memainkan peranan sebagai penghubung di dalam hubungan di antara Kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan.

“Mereka mempunyai kedudukan untuk membantu PBT dalam membuat dasar, merancang, mengawasi pelaksanaan program-program yang dilaksanakan serta menyampaikan pandangan dan nasihat dalam beberapa Jawatankuasa di peringkat PBT dan sekali gus menjadi rujukan dan penyebar kepada dasar dan matlamat kerajaan kepada rakyat.

“Namun begitu, Ahli Majlis juga mempunyai had dan bidang kuasanya yang tersendiri di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Oleh itu, bertindaklah atas batas dan kapasiti anda semua sebagai seorang Ahli Majlis,” katanya ketika merasmikan penutupan Seminar Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Sabah Lantikan Tahun 2023 Hingga Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top