466 Peladang Di Beaufort Terima Wakalah Zakat Daripada NAFAS

peladang-beufort.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Seramai 466 ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di daerah ini menerima wakalah zakat daripada NAFAS di Dewan DSP Haji Mohd. Dun Banir di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam selaku Pengerusi penganjur acara tersebut, yang juga ahli lembaga pengarah PPK Beaufort menghargai usaha NAFAS dalam membantu meringankan beban para peladang.

“Setiap ahli menerima bantuan wang dan bakul makanan bernilai RM100,”katanya dalam ucapannya.

“Ini adalah buktinya NAFAS sentiasa komited dalam memperjuangkan dan membela nasib masyarakat tani,” ujar Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd.

Beliau berharap program seumpama ini akan diteruskan kerana ia memberikan manfaat kepada rakyat, termasuk di daerah Beaufort.

Ruslan mewakili para peladang di Beaufort mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Sylvester Entri Muran yang turut hadir, serta semua terlibat sama menjayakan program ini.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Daerah Beaufort, Datuk Mohd Nazri Abdullah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top