4,658 PATI Dihantar Pulang Dari Sabah Sejak Sept – Imigresen

usir-pati.jpg

Gambar fail.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 4,658 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara asal sejak September di Sabah.
“Sejak disambung semula langkah pengusiran yang bermula September lalu, kami telah berjaya menghantar pulang 4,658 pesalah imigresen,” kata Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof.
Daripada jumlah itu, beliau berkata 3,015 adalah warga Filipina, 1,427 warga Indonesia dan 216 warganegara lain. Mereka ditangkap dan ditahan kerana melanggar syarat perjalanan Malaysia semasa operasi terhadap pendatang tanpa izin di Sabah.
Mereka yang dihantar pulang itu sebelumnya telah ditahan di pelbagai pusat tahanan sementara Imigresen di seluruh negeri, katanya.
Tindakan pengusiran baru-baru ini dilakukan pada 16 Nov lepas melibatkan 480 warga Filipina. Mereka dihantar pulang dari Sandakan ke Bandar Zamboanga dengan menaiki M/V Dona Antonia 1.
Daripada jumlah itu, 340 lelaki, 82 wanita dan 58 kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
“Warga Filipina yang dihantar pulang itu datang dari Depoh Sementara Imigresen Tawau,” kata Sharifah, sambil menambah bahawa lebih banyak operasi terhadap pendatang tanpa izin akan terus dijalankan sehingga akhir tahun ini.
Beliau menggesa warga asing yang ingin melawat Sabah memastikan mereka dilengkapi dengan keperluan imigresen Malaysia untuk mengelakkan berdepan dengan masalah yang tidak perlu. – Daily Express

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top