45 Pendatang Tanpa Izin Ditahan di KK

tangkap-PTI.jpg

Salah seorang pendatang tanpa izin yang ditahan pihak berkuasa semasa operasi itu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Empat puluh lima pendatang tanpa izin diberkas polis dalam satu operasi di sekitar ibu negeri pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Hajah Kalsom Idris berkata antara yang ditahan ialah 26 lelaki dan 19 wanita berumur 20 hingga 50 tahun.

“Operasi yang bermula jam 3 petang itu dijalankan di sekitar ibu negeri iaitu berhampiran pasar kraftangan dan pasar malam di sepanjang Jalan Sinsuran.

“Operasi pada mulanya menyaksikan 100 orang ditahan dan diperiksa pihak berkuasa dan daripada angka itu, 45 orang kemudiannya ditahan kerana tidak dapat memberikan sebarang dokumen apabila diminta pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui semasa operasi pada Khamis.

Kassim berkata tujuan operasi itu adalah untuk mengusir PATI yang masih tinggal dan bersembunyi di ibu negeri secara haram.

Beliau berkata operasi serupa akan dijalankan dari semasa ke semasa dan menggesa orang ramai supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kewujudan pendatang tanpa izin berhampiran kawasan mereka.

Berita asal: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top