4,425 belia Sabah terlibat sebagai usahawan IKS

fairuz.jpg

Datuk Fairuz Renddan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 4, 425 belia terlibat sebagai usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata daripada jumlah itu, seramai 4, 101 daripada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dan 324 orang lagi di bawah program agensi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai peranan secara langsung terhadap Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Bagaimanapun, pihaknya komited membantu belia untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan melalui program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS).

Beliau mewakili Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) ke-16 di Likas, pada Rabu.

Fairuz berkata antara langkah dan rancangan Kerajaan bagi membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk menganjurkan program khusus untuk golongan muda dalam bidang keusahawanan agro iaitu melalui Geran Agropreneur Muda (GAM) yang berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri asas tani – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top