44.8% Penduduk Dewasa Di Sabah Telah Divaksin Sepenuhnya

hajiji-meeting-KJ.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, , 44.8% penduduk dewasa di Sabah sudah divaksin sepenuhnya, manakala 63.7% menerima dos pertama setakat Sabtu lalu.

Katanya, negeri ini memerlukan 2.6 juta dos vaksin Covid-19 untuk mencapai kadar vaksinasi 80% pada Oktober ini.

Menurut beliau, jumlah itu hanya untuk penduduk dewasa dan belum membabitkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

“Setakat 4 Sept, seramai 122,190 penduduk berumur 18 tahun ke bawah di Sabah telah mendaftar dalam sistem MySejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan kapasiti pusat pemberian vaksin (PPV) yang mampu memvaksin 83,140 orang sehari dan program “outreach” ke kawasan terpencil katanya, sasaran sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa divaksin menjelang Oktober ini boleh dicapai.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atas pemberian bekalan vaksin, penambahan peralatan perubatan dan sumber tenaga manusia yang diperlukan negeri itu.

“Bekalan vaksin kira-kira 1 juta dos pada Julai, diikuti 1.6 juta dos pada Ogos dan 765,920 dos sehingga 5 Sept melonjakkan aktiviti pemberian vaksin dan meningkatkan kadar peratusan penduduk diimunisasi,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top