43 tan sampah berjaya dilupus sepanjang dua hari ‘Inisiatif Pembersihan Kampung Sembulan’

bersih-sembulan.jpg

Antara kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di bawah 'Inisiatif Pembersihan Kampung Sembulan'. (Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya melupuskan 17 tan sisa pepejal sempena hari kedua “Inisiatif Pembersihan Kampung Sembulan” yang berlangsung pada Jumaat lepas.

Ini membawa jumlah kutipan keseluruhan kepada 43 tan sepanjang dua hari pelaksanaan inisiatif tersebut.

Menurut kenyataan pada Facebook Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sebanyak 85 anggota dan tujuh (7) unit jentera telah digerakkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan seperti pengutipan sampah, pembersihan parit, pemangkasan tumbuhan liar dan aktiviti ‘fogging’ di sekitar kawasan kampung.

Turut menjayakan inisiatif tersebut adalah penduduk-penduduk kampung berkenaan.

Program “Inisiatif Pembersihan Kampung Sembulan” merupakan sebahagian usaha DBKK mentransformasikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya bersih, hijau dan berdaya huni.

Ia dilaksanakan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) dan berlangsung selama 12 minggu, bermula 10 Oktober hingga 31 Disember 2024.

Menurut DBKK objektif utama penganjuran program itu ialah untuk melahirkan Kampung Sembulan yang bersih dan hijau, meningkatkan tahap kepercayaan penduduk terhadap usaha dan komitmen DBKK dalam meningkatkan kualiti kebersihan Kampung Sembulan serta meningkatkan kesedaran penduduk kampung untuk melupuskan sampah dengan bertanggungjawab.

 

Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top